1.8 peratus penjawat enggan vaksin, tindakan ikut proses

Dari Penulis

TERDAPAT 1.8 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara dikesan masih enggan menerima vaksin COVID-19.

ABDUL LATIFF AHMAD

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, ketika ini tindakan tatatertib belum dikenakan kerana proses tersebut perlu dilakukan mengikut prosedur.

Katanya, ini bermula dengan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Oktober lalu.

“Proses tatatertib mengambil masa. Ada prosesnya yang bermula dengan pemberian surat tunjuk sebab dan penerima ada 21 hari untuk menjawab.

“Kalau tak memuaskan, jabatan tersebut akan membentuk jawatankuasa inkuiri domestik (DI) untuk menertukan tindakan selanjutnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) berhubung bentuk tindakan ke atas penjawab awam yang enggan divaksin tanpa sebab dan jumlah mereka.

Baca: Statistik penjawat awam enggan divaksin jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Penjawat awam wajib ambil vaksin atau berdepan tatatertib – JPA

Justeru, menjawab soalan Foong Hin itu, beliau berkata, selepas 10 hari tarikh akhir diberi JPA pada 1 November, tiada tindakan disiplin dikenakan.

Sementara itu, Abdul Latiff turut membangkitkan tindakan kepada yang enggan divaksin dan kaitannya dengan penyampaian perkhidmatan awam pada tahap optimum.

Katanya, sebab itu JPA mengeluarkan terlebih dahulu pekeliling dan bukan terus mengambil tindakan seperti tukar dan sebagainya.

“JPA mahu pastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berjalan secara optimum. Kita boleh tukar (penjawat awam) ke tempat lain tapi ia tak selesaikan masalah.

“Contohnya seorang guru yang pengkhususannya subjek Matematik, kalau dia tak mengajar maka penyampaian perkhidmatan awam tak berlaku secara optimum,” jelasnya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam).

Abdul Latiff berkata, bentuk tindakan ada pelbagai daripada amaran, celaan, menahan kenaikan pangkat sehinggalah menahan gaji.

“Ini semua bentuntuk tindakan yang boleh diambil. Namun perlu dipastikan yang proses keadilan mesti berjalan dengan baik,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This