Bapa pelakon Nynaa Harizal mengaku tak bersalah guna pistol dengan niat mengugut

Dari Penulis

BAPA kepada pelakon Nynaa Harizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, tertuduh iaitu Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal telah didakwa mengugut Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pelakon Nynaa Harizal buat laporan polis dakwa keluarga mentua larikan isteri, guna senjata api

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada 2 November lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan RM5,000.

Namun begitu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlang selama 25 tahun berkhidmat dengan TUDM bagi mengurangkan jumlah ikat jamin.

Tertuduh turut memohon tempoh untuk perbicaraan akan datang memandangkan buat masa ini dia sedang mengupah peguam bagi menguruskan proses perceraian anak perempuannya secara baik.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan.

Menerusi laporan media sebelum ini, suami Nynaa iaitu Mohamed Fahmi llyas telah membuat laporan polis selepas mendakwa isterinya telah ‘diculik’ oleh keluarga mentuanya di sebuah lokasi penggambaran di Shah Alam.

Menerusi laporan polis itu juga, Fahmi menyatakan pemandunya telah diugut oleh bapa mentuanya itu dengan senjata api diacukan ke arah perutnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This