Gambar Bernama

Oleh SHAHBUDIN EMBUN

SEJAK Mei 2018, politik negara tiada kestabilan termasuk di negeri Melaka. Pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sekarang adalah hasil dari politik yang tidak stabil di negeri Melaka.

Tujuan Datuk Seri Idris Haron dan tiga yang lain menarik sokongan kepada Ketua Menteri adalah kerana dia berhasrat menjadi Ketua Menteri.

Sekarang Idris bertanding atas tiket PKR di Asahan pun demi untuk meneruskan cita-citanya. Sebenarnya dalam Pakatan Harapan (PH) dengan sokongan kuat DAP, Adly Zahari masih menjadi taruhan sebagai calon Ketua Menteri. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang juga seorang ahli parlimen juga sedang mengintai peluang.

Apa akan terjadi sekiranya PH menang dalam PRN Melaka? Andai kata Idris dan Adly pun sama menang, situasi ‘satu bukit dua harimau’ sebagaimana yang berlaku sebelum ini akan berulang. Keadaan politik akan menjadi tidak stabil akibat perebutan jawatan yang akhirnya kerajaan negeri akan tumbang jua.

Barisan Nasional (BN) amat jelas dalam menamakan calon Ketua Menteri mereka iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Manifesto yang dibentangkan sangat jelas dan logik serta boleh dilaksanakan. Dengan rekod pencapaian lebih 60 tahun, BN adalah sandaran utama rakyat negeri Melaka

Perikatan Nasional pula masih tidak menamakan sesiapa untuk menjadi calon Ketua Menteri. Hal ini mungkin disebabkan tiada keyakinan untuk menang. Apakah tujuan menyertai pilihan raya ini hanya untuk pecah undi dan menidakkan kemenangan selesa BN?

Bagi PPBM dan PAS, andainya BN kalah, peluang ketiga-tiga parti ini untuk bergabung di PRU-15 amatlah cerah.

Kepada pengundi negeri Melaka, undi kalian tersangat berharga. Jangan bazirkan undi anda yang akhirnya menyumbang kepada keadaan politik negeri yang tidak stabil. Apabila politik tidak stabil, keadaan ekonomi juga tidak menentu. Akhirnya program pembangunan dan kebajikan rakyat akan turut terjejas

* Penulis merupakan penganalisis politik merangkap Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram