“Berhentilah tipu rakyat. Punca Sulaiman letak jawatan kerana ‘paksaan’, bukan sebab lain” – Exco Melaka

Dari Penulis

PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendakwa beliau mengetahui punca sebenar Datuk Seri Sulaiman Md Ali melepaskan jawatan Ketua Menteri adalah kerana ‘paksaan’ dan bukan sebab lain termasuk masalah kesihatan.

“Tujuan (peletakan jawatan) untuk melunaskan pentadbiran kerajaan adalah paksaan.

“Sulaiman bukan jenis orang yang melawan. Jika dikatakan alasan sakit, saya juga ada sakit, tapi sakit dihidapi beliau (Sulaiman) tidaklah sampai menghalangnya menjalankan tugas (Ketua Menteri).

“Berhentilah tipu rakyat. Sulaiman tahu dan saya tahu, mereka yang terbabit mempertahan dan yang menjatuhkan beliau juga tahu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Beliau ditanya rasional kenyataannya mengenai isu ‘Ketua Menteri pintu belakang’ seperti dilaporkan portal berita yang dikaitkan berpunca desas-desus dirinya bakal digugurkan sebagai Exco di bawah pentadbiran baharu.

Selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu meletak jawatan kerana faktor kesihatan, ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diumumkan untuk menjawat jawatan itu.

Pengerusi UMNO Melaka itu selesai mengangkat sumpah jawatan pada pukul 3.35 petang tadi di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), hari ini.

Muhammad Jailani mendakwa beliau dan barisan Exco juga tidak dibawa berbincang berhubung cadangan menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri ke-13.

“Saya bukan ‘pak turut’, benar kata benar. Benda tak benar saya tak akan sokong demi Allah untuk agama, bangsa dan negara.

“Nasihat saya pada kepimpinan di peringkat nasional juga di peringkat negeri Melaka…kita orang Melayu, kita orang Islam kita sedang berpuasa.

“Sudah-sudah lah, berhenti berbohong tak takut ke tak lama lagi nak jumpa Allah,” katanya lagi sambil memaklumkan akan mengadakan sidang media khas petang ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This