Kes baharu turun lagi, catat 5,143 jangkitan hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN COVID-19 seluruh negara turun lagi buat hari ketiga berturut-turut.

Sebanyak 5,143 kes baharu telah dilaporkan, turun lagi 19 penularan berbanding 5,162 jangkitan berbanding semalam.

Buat hari ketiga berturut-turut juga, jangkitan kekal berada di paras 5,000 kes.

Berdasarkan perkembangan kes semalam, Selangor merekodkan penularan tertinggi iaitu sebanyak 1,266 jangkitan.

Ia diikuti Kelantan berjumlah 499 kes dan Sabah merekodkan sebanyak 442 jangkitan.

Melaka yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini turut mencatatkan sedikit peningkatan apabila kes naik kepada 216 kes, semalam berbanding 198 direkodkan pada hari Sabtu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, perkembangan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini sebanyak 2.551 juta.

“Pada 15 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,143 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,551,452 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.

Baca artikel berkaitan: 5,162 kes COVID-19, purata seminggu jangkitan naik

Sementara itu, menerusi tangkap layar statistik yang dikongsikan Dr. Noor Hisham, purata kes COVID-19 dalam tempoh tujuh hari di seluruh negara terus merekodkan peningkatan.

Berdasarkan statistik tersebut, sebanyak 5,714 kes purata sepanjang seminggu ini dilaporkan dengan trend peningkatan berjumlah 15 peratus di seluruh negara.

Hanya Sabah dan Sarawak merekodkan trend penurunan dalam tempoh tujuh hari dengan masing-masing turun lima serta 20 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This