KES baharu COVID-19 menunjukkan penurunan buat hari kedua berturut-turut selepas melonjak sebelum ini.
Jangkitan kekal berada di paras 5,000 selepas merekodkan 5,162 kes setakat tengah hari ini.
Jumlah berkenaan merupakan penurunan sebanyak 647 kes berbanding 5,809 yang dilaporkan semalam.
Berdasarkan perkembangan kes semalam, Selangor merekodkan penularan tertinggi iaitu sebanyak 1,601 jangkitan.
Ia diikuti Johor berjumlah 549 kes dan Sabah merekodkan sebanyak 497 jangkitan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, perkembangan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini sebanyak 2.546 juta.
“Pada 14 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,162 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,546,309 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.
Baca artikel berkaitan: 5,809 kes baharu, kadar kebolehjangkitan kini cecah 1.04
Sementara itu, menerusi tangkap layar statistik yang dikongsikan Dr. Noor Hisham, purata kes COVID-19 dalam tempoh tujuh hari di seluruh negara merekodkan peningkatan.
Berdasarkan statistik tersebut, sebanyak 5,597 kes purata sepanjang seminggu ini dilaporkan dengan trend peningkatan berjumlah 11 peratus di seluruh negara.
Hanya Melaka, Sabah, Sarawak dan Terengganu merekodkan penurunan kes sepanjang tempoh tujuh hari ini.
Kes di Melaka turun sebanyak tujuh peratus, sama seperti di Sabah manakala Sarawak turun 19 peratus dan Terengganu pula susut satu peratus.
Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan trend jangkitan tertinggi apabila melonjak 40 peratus dalam tempoh seminggu dengan purata kes berjumlah 324.
Ia diikuti lonjakan 36 peratus dalam tempoh seminggu di Putrajaya dengan purata 49 kes.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

