Mohd. Nizar (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan YPM kepada Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim mewakili UKM sempena di Program Semarak Ilmu, Seksyen Pendidikan Tertiari YPM, baru-baru ini.

YAYASAN Pelajaran MARA (YPM) menyumbang bantuan bernilai RM70,000 bagi menampung pembiayaan pelajar dalam kategori asnaf dan B40 yang dijalankan dengan kerjasama melalui Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin berkata, YPM menyerahkan sumbangan bantuan berupa set barangan makanan dan bantuan tunai dengan jumlah keseluruhan RM10,000u kepada 100 orang pelajar dan sumbangan Pendidikan YPM bernilai RM60,000 kepada 15 pelajar UKM melalui Program Semarak Ilmu, Seksyen Pendidikan Tertiari YPM.

“YPM terpanggil untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar B40 di bawah Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP), yang mana kita telah kenal pasti lebih kurang 100 pelajar daripada dari golongan ini yang terkesan akibat daripada pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Inisiatif ini adalah kerjasama YPM bersama Maybank Islamic Berhad adalah bagi menampung pembiayaan pelajar dalam kategori asnaf dan B40.

Menurut Mohd. Nizar, skim SDEP YPM ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk antaranya bantuan kewangan, barangan keperluan pembelajaran, kelengkapan pengajian dan lain-lain kepada pelajar B40 dan pelajar kurang berkemampuan.

Ujarnya, sehingga Oktober lalu, seramai 1,003 orang pelajar dari seluruh negara telah menerima manfaat di bawah SDEP dengan jumlah bantuan sebanyak RM373,736.10 termasuk bantuan hari ini.

Bantuan sumbangan itu diserahkan oleh Mohd. Nizar kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UKM, Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim.

Turut serta, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Profesor Madya Dr. Roslee Rajikan, Pengurus Kanan Pembangunan Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram