PN harap menang kerusi mencukupi tubuh kerajaan negeri – Ahmad Faizal

Dari Penulis

PERIKATAN Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan sasaran namun berharap bakal memenangi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, ini kerana PN yakin dengan pemilihan calonnya sebagai Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang diterima baik oleh masyarakat selepas pengumuman dibuat.

“Apabila kita meletakkan kesemua 28 kerusi ditandingi oleh PN, harapan besar kami, berusaha bersungguh-sungguh untuk cuba memenangi seberapa banyak kerusi yang kami mampu.

“Bukan saya nak katakan terlalu optimis untuk memenangi semua kerusi tetapi kita perlu bekerja keras hingga tengah malam ini untuk memastikan kesemua calon kita memenangi kerusi,” katanya dalam sidang media di Melaka hari ini. 

Parti komponen PN iaitu Bersatu bertanding di 15 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka manakala PAS lapan dan Gerakan lima.

Semalam, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mas Ermieyati, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, sebagai calon Ketua Menteri jika gabungan itu memperoleh mandat rakyat untuk membentuk kerajaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini selepas pembubaran DUN pada 4 Okt selepas empat ahli dewan itu menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. 

—  BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kartel tender makanan RM5.7 juta: Enam syarikat berdepan penalti MyCC

ENAM syarikat berdepan tindakan penalti kewangan selepas disyaki terlibat dalam kartel tipuan bida bagi tender pembekalan makanan bernilai RM5.7...

More Articles Like This