GANDINGAN luar biasa menampilkan Ed Sheeran bersama penyanyi Korea terkenal, Jessi dan Sun-Mi semestinya memberi kelainan baru buat peminat muzik K-Pop.

Secara rasmi diumumkan bahawa tiga penyanyi ini akan bergabung untuk versi terbaharu lagu hit Ed Sheeran iaitu ‘Shivers’ yang bakal menjadi sebahagian daripada album ‘=’ (Equals).

Menurut Warner Music Korea, gabungan unik ini telah bekerja keras bagi membina sebuah harmoni yang sempurna.

“Bukan sahaja Ed Sheeran, Jessi dan Sunmi mencipta keharmonian yang sempurna. Mereka juga bekerja keras untuk menunjukkan sebuah daya tarikan yang baharu dan berbeza. Tolong berikan sepenuh minat dan cinta buat lagu ini,” katanya.

Versi remix ini akan dikeluarkan pada 24 November dimana Jessi telah menambah tarikan yang kuat dan diiringi oleh suara Sunmi yang memikat.

Malah, Ed Sheeran juga dilaporkan bakal membuat persembahan di Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021 pada bulan depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram