PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi Melaka atas kepercayaan yang diberikan kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Katanya, keputusan ini juga merupakan isyarat baharu daripada rakyat malah ianya juga akan diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Syukur Alhamdulillah kemenangan BN dalam PRN ini sungguh besar ertinya perubahan sikap rakyat khusus pengundi di Melaka yang kembali sokong BN.

“BN juga iktiraf permintaan rakyat untuk mahukan kestabilan politik ini akan terjemahkan di seluruh negara dalam PRU-15.

“Hari ini isyarat yang jelas telah diberikan oleh rakyat telah mengundi selaras dengan agenda kestabilan politik yang menjadi teras kepada aku janji BN,” menerusi satu sidang media khas di Seri Chendana, Melaka, hari ini.

BERITA BERKAITAN PRN Melaka: BN bentuk kerajaan negeri, capai majoriti mudah – SPR

Memetik laporan UMNO Online, beliau juga turut melahirkan penghargaan kepada kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh keseluruhan kepimpinan parti komponen serta jentera yang bertungkus lumus memberi kemenangan kepada BN.

“Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah atas kejayaan Pengarah PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan juga kepada kepimpinan tertinggi parti semua peringkat dan juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Presiden MCA, MIC serta seluruh kepimpinansecara peribadi tidak lupa kepada Pengerusi Penasihat Lembaga BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram