NAJIB Tun Razak ketika membantu jenteran BN di PRN Melaka. - Gambar FB Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pillihan Raya Melaka (PRN) Melaka hari ini sebagai isyarat jelas bahawa rakyat mengutamakan pencapaian, menepati janji dan mahukan kestabilan demi kemakmuran.

Beliau berkata, rakyat telah bersuara dan membuat pilihan dengan menghantar mesej jelas yang mereka menolak pemimpin yang boleh dianggap ‘katak-katak politik.’.

“Pencapaian harus diutamakan. Janji wajib ditepati. Katak-katak politik tidak diterima sama sekali.
Rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran,” katanya dalam hantara di Facebook malam ini.

Katanya, PRN Melaka adalah satu pilihan raya yang agak sukar juga bagi BN dan mereka berkempen atas tiga perkara iaitu akan melaksanakan janji manifesto, rekod pembangunan dan pencapaian serta aspek pengurusan ekonomi.

“Kita berdepan dengan serang bertubi-tubi dan fitnah-fitnah daripada lawan. Strategi dan skrip lama PRU14 diulang. Tetapi rancangan dan hala tuju pembangunan mereka tidak jelas dan tidak ada kredibiliti.

BERITA BERKAITAN PRN Melaka: BN bentuk kerajaan negeri, capai majoriti mudah – SPR

“Akhirnya, rakyat membuat penilaian sama ada mereka yakin terhadap BN, Pakatan Harapan (PH) atau Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya.

Beliau berkata, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan kepimpinan kerajaan negeri yang dipilih seterusnya melakukan sehabis baik dengan menunaikan janji-janji BN dan melaksanakan urus tadbir yang cemerlang di Melaka.

“Kita tiada masa untuk dibazirkan. Melaka telah banyak ketinggalan sejak PRU14 dan kita perlu kembalikan Melaka ke landasan pembangunan,” katanya di Facebook.

Najib turut menzahirkan penghargaan buat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden merangkap Pengarah PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan, serta akar umbi PAS di Melaka atas sokongan diberikan.

“Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi hala tuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli kita semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan Muafakat Nasional dan hanya mahukan yang terbaik,” katanya lagi.

BN berjaya meraih majoriti dua pertiga dalam PRN kali ini, berbanding hanya 13 daripada 28 kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram