SELEPAS tiga hari berturut-turut kes baharu COVID-19 melepasi angka 6,000, jumlah jangkitan harian turun semula hari ini.
Sebanyak 5,859 jangkitan dilaporkan hari ini, turun berbanding kes baharu iaitu 6,355 dikesan semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif COVID-19 kini sebanyak 2.581 juta.
“Pada 20 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,859 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,581,747 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Berdasarkan kepada data dikongsi Dr. Noor Hisham, trend peningkatan kes baharu COVID-19 dapat dilihat dalam tempoh tujuh hari kebelakangan ini.
Baca artikel berkaitan: 6,355 kes baharu, Rt 1.02
Menerusi data tersebut, kes naik sebanyak tujuh peratus dengan purata harian 5,793 jangkitan dalam tempoh satu minggu.
Hanya dua negeri iaitu Perlis dan Sarawak merekodkan penurunan kes dalam tempoh sama.
Kes di Perlis turun sebanyak 49 peratus dengan purata 19 kes manakala jangkitan di Sarawak susut 30 peratus menerusi purata 308 penularan.
Sementara itu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught (Rt) seluruh negara turun kepada 1.01 berdasarkan kes yang dilaporkan semalam.
Kadar jangkitan itu mula menunjukkan trend penurunan sejak Selasa lalu selepas tiga hari kekal pada tahap 1.05 sebelum itu.
Kebolehjangkitan mengikut negeri pula menyaksikan Rt di Labuan merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1.13 diikuti 1.12 di Putrajaya.
Rt di Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 1.09 manakala 1.08 di Kelantan dan 1.07 di Selangor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

