GAMBAR fail: Abd Razak Aid

SEBANYAK 6,355 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini – hari ketiga berturut-turut kes harian melepasi angka 6,000.

Bagaimanapun jumlah jangkitan hari ini sedikit lebih rendah berbanding semalam yang melaporkan 6,380 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif COVID-19 kini sebanyak 2.575 juta.

“Pada 19 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,355 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,575,888 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca: 88 kes baharu varian Delta dilaporkan hari ini

6,380 kes baharu, jangkitan terus meningkat

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan atau Rt COVID-19 semalam berada pada 1.02.

Jumlah itu merupakan penurunan berbanding Rabu lalu yang menyaksikan Rt mencecah 1.03.

Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kelantan dan Selangor mencatatkan Rt tertinggi berbanding negeri lain.

Berdasarkan statistik semalam, Selangor sahaja merekodkan 1,448 kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram