Bagaimana seseorang menghadapi hoarding compulsive ini dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya kerana gangguan emosional atau mengalami pengalaman hidup yang menyeksa (stressful life event or traumatic life event ) seperti kematian, papa kedana, diusir dari rumah atau sebagainya. Selain itu, kecederaan dan gegaran pada otak juga mempunyai kemungkinan penyakit ini dihidapi.

“Seseorang mengalami hoarding mungkin kesan seseorang menghidapi rantaian penyakit jiwa yang lain. Ia sama ada tekanan, kemurungan, OCD (obsessive compulsive disorder) atau OCPD (obsessive compulsive personality disorder) atau dikenali kecenderungan mempunyai gangguan memikirkan sesuatu perkara berulang- ulang dan banyak lagi. Penyakit jiwa lain yang dikaitkan dgn compulsive hoarding adalah social phobia, bipolar disorder, kebimbangan lain.

Namun kami sebagai pakar juga mengandaikan masalah ini boleh berlaku akibat gangguan kecederaan pada otak.

“Biasanya apabila bahagian otak depan atau (frontal lobe of brain) terjejas, seseorang mempunyai masalah dalam membuat satu penilaian dan keputusan yang tepat. Jadi susah untuk seorang itu buat keputusan sama ada nak menyimpan atau buang barang. Mereka juga boleh dikatakan susah untuk mengorganisasikan barang kepunyaan mereka,” jelasnya sambil menambah faktor genetik juga boleh main peranan penyakit gangguan mental ini.

Pemulihan

Secara logiknya, hoarding tidak akan menyebabkan masalah yang besar kepada seseorang tetapi hal ini mampu menjejaskan kehidupan seharian penghidap dan individu terdekat dengan mereka.

“Sekiranya hoarding ingin dirawat, pelan pemulihan melibatkan terapi tingkah laku akan dilaksanakan. Penghidapnya akan diajar untuk melepaskan timbunan barangan mereka secara beransur-ansur. Dalam keadaan hoarding yang lebih ekstrem dan sifat gemar mengumpul barang ini sudah sebati dalam diri penghidapnya, mereka mungkin akan mengalami trauma apabila barang yang dikumpulkan dibuang.

“Justeru terapi pengambilan ubat seperti SSRI(serotonin-specific reuptake inhibitor) akan diberikan untuk membantu mengurangkan kebimbangan dan kemurungan serta penyeksaan perasaan yang dihadapi,” jelasnya sambilmemberitahu biasanya pesakit hoarding yang diberikan ubat ini mempunyai masalah gabungan gangguan metal lain dikenali sebagai OCD. Sungguhpun begitu, sehingga kini ada perawatan yang benar-benar dikhaskan untuk menangani hoarding,” katanya.

FAKTA

Apakah ciri-ciri pengidap hoarding dan adakah anda memiliki ciri berikut?

  • Menyimpan barangan yang sudah rosak, patah dan tidak berguna.
  • Membeli dan mengumpul barangan yang dirasakan berguna padahal sebaliknya.
  • Menyimpan sesuatu yang hanya akan digunakan pada masa hadapan untuk satu jangka masa yang lama sehingga barangan tersebut rosak.
  • Mengasingkan sampah sendiri kemudian menyimpannya tanpa sebab yang rasional.
  • Takut dan trauma membuang barang tidak berguna kerana bimbang kehilangannya dan rasa rugi yang tidak berasas.
  • Menyimpan barangan terpakai tetapi tetap tidak mahu menggunakannya semula dan terbiar begitu sahaja.
  • Gemar tinggal dalam timbunan barangan yang dikumpul.