SIAPA tidak mengenali penyanyi terkenal, Justin Bieber yang pernah menjadi kegilaan gadis pada suatu ketika dahulu kini telah menjadi suami kepada sosialit dan model, Hailey Baldwin.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Hailey, penyanyi lagu Baby itu telah mengungkapkan rasa cinta terhadap isterinya menerusi entri di laman Instagram miliknya.

“Hati saya adalah milik kamu. Mata saya milik kamu, bibir saya milik kamu. Saya milik kamu. Saya sangat bersyukur kerana diri ini menjadi milikmu.

“Kamu adalah milik saya selama-lamanya. Kehidupan ini tidak pernah masuk akal sehinggalah kamu menjadi isteri saya.

“Saya tidak akan berhenti mencintai kamu, saya tidak akan berhenti memegang kamu dan saya tidak akan berhenti melindungi kamu. Kamu lebih dari cukup untuk saya dan saya akan meluangkan masa setiap hari untuk buatkan kamu rasa seperti ratu.

“Seperti yang diucapkan oleh nenek kamu dalam bahasa portugis, ‘happy bursday baby,’ saya sayangkan kamu sehingga akhir waktu,” ujar Justin dengan penuh romantis.

Rakan artis dan peminat turut sama membanjiri ruangan komen dan meninggalkan ucapan agar pasangan itu kekal bahagia selamanya.

“Paling comel!!! selamat hari jadi Hailey,” komen @Kimkardashian

“Selamat hari jadi Hailey Bieber,” ujar @Romeobeckham.

“Selamat hari jadi Hailey,” tulis @Chelseybieber.

Untuk info, Justin dan Hailey pernah berpisah sekitar tahun 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada 13 September 2018.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram