ATLANTA, GEORGIA - APRIL 17: Justin Bieber performs during the Triller Fight Club: Jake Paul v Ben Askren at Mercedes-Benz Stadium on April 17, 2021 in Atlanta, Georgia. (Photo by Jeff Kravitz/Getty Images for Triller)

SELEPAS berehat sebulan untuk menjalani proses penyembuhan lumpuh pada sebelah wajahnya, penyanyi sensasi antarabangsa Justin Bieber kini bakal kembali menyambung Konsert Justice World Tour di Itali pada 31 Julai ini.

Selepas itu, penyanyi berusia 28 tahun itu akan menyusuli Eropah bagi melengkapkan lima persembahan pada bulan hadapan.

Malah, Bieber juga akan menerusikan konsert jelajah dunianya itu ke Amerika Selatan pada September.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami sindrom Ramsey Hunt, konsert Justin Bieber terpaksa dibatalkan termasuk Malaysia?

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Justice World Tour, jadual konsert Bieber akan bersambung ke Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali semula ke Eropah pada Januari hingga Mac tahun depan sebagai mengahkiri konsert jelajahnya itu.

Berita gembira itu sekaligus melegakan peminat di Malaysia yang menjangkakan Bieber bakal hadir ke negara ini bagi membuat persembahan secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Oktober depan.

Sekitar 10 Juun lalu, penyanyi lagu Stay itu membuat pengumuman mengejutkan apabila dia memerbitahu terkena serangan Sindrom Ramsay Hunt hingga membuatkan sebelah wajahnya lumpuh.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Bieber turut terpaksa membatalkan konsert di Washington DC, Toronto dan New York serta beberapa siri di Amerika Utara berikutan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Difahamkan, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh konsert akan diubah selain masih belum ada tarikh baharu untuk persembahan Bieber di lokasi Amerika Utara selepas dia bertindak membatalkannya.

Namun, seperti dilaporkan agensi, besar kemungkinan siri jelajah di Amerika Utara akan diadakan pada musim bunga tahun depan.

Bieber dilihat semakin sihat daripada penyakitnya itu selepas dilihat sedang bercuti bersama isterinya, Hailey Baldwin,25 di Coeur d’Alene, Idaho, Amerika Syarikat.