MARVEL Studios United (MCU) muncul dengan siri baharu di Disney+ iaitu Hawkeye sekaligus menjadi penutup kepada cerita adiwira pada tahun ini.

Hawkeye mengisahkan tentang bekas anggota Avenger, Clint Barton lakonan Jeremy Renner yang bercadang untuk kembali ke pangkuan keluarganya namun terpaksa berdepan beberapa rintangan.

Lebih menarik lagi, siri televisyen Hawkeye kali ini turut memberi fokus kepada ahli baharu dalam adiwira terkenal ini iaitu Kate Bishop lakonan Hailee Steinfeld.

URTV berpeluang menemu bual barisan pelakon Hawkeye ketika sidang media yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Renner menyifatkan naskhah Hawkeye sebagai satu karya yang membanggakan hasil arahan Rhys Thomas,Bert dan Bertie untuk setiap episod.

“Sejujurnya tak semua karakter Clint ditonjolkan dalam siri ini. Untuk naskhah terbaharu ini, penonton akan dibawa untuk meyelami sisi lain Clint yang sedaya upaya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya.

“Sebelum ini watak Clint banyak bermain emosi selepas kematian sahabat baiknya di Endgame. Tapi sekarang dia sudah semakin pulih daripada kesedihan dan merancang untuk bercuti bersama keluarga sesuai dengan musim percutian Krismas,” kata Renner.

Tambah Renner lagi, kemunculan Steinfeld sebagai Kate Bishop dianggap sebagai penyeri jalan cerita selain yakin penonton akan ‘melekat’ sehingga ke akhir episod siri ini nanti.

“Penglibatan Steinfeld dalam Hawkeye saya berpendapat sangat tepat dan sesuai dengan karakternya yang tangkas dan lincah.

“Dia sentiasa bersedia sebelum memulakan adegan di set penggambaran. Hubungan kami seperti seorang abang dan adik yang bekerjasama berlawan dengan kuasa jahat di dalam Hawkeye,” kongsinya lebih lanjut.

Sementara itu, Steinfeld berbesar hati kerana diberi peluang kecemasan untuk mencuri hati peminat Marvel dengan watak Kate Bishop.

“Saya memandang Clint sebagai hero dan inspirasi sekaligus menyuntik semangat untuk terus beraksi bersama sebagai anak didik.

“Saya perlu ‘hidupkan’ watak Kate Bishop yang dipandang sebagai pemanah hebat dalam cerita ini. Saya sedar ramai yang menunggu, jadi saya sedaya upaya menjalani latihan memanah sebelum penggambaran bermula.

“Saya rasa ucapan terima kasih tidak cukup untuk menggambarkan bagaimana terharunya perasaan saya sepanjang penggambaran kerana semua kru produksi termasuk barisan pelakon memberi tunjuk ajar kepada saya.

“Tidak sukar sebenarnya memainkan watak Kate Bishop yang berdedikasi dan berdisplin dengan adanya rakan gandingan seperti Clint yang sudah seperti mentor saya,” katanya.

Hawkeye merupakan siri kelima Marvel Studios yang dilancarkan di Disney+ Hotstar selepas WandaVision, The Falcon and The Winter Soldier dan Loki.

Untuk dua episod pertama, ia sudah mula ditayangkan sejak semalam (setiap hari Rabu) untuk pelanggan platform penstriman hiburan popular Disney+ Hotstar.

Selain Renner dan Steinfeld, Hawkeye yang mempunyai enam episod turut dibarisi pelakon antaranya Vera Farmiga, Fra Fee, Tony Dalton, Zahn McClarnon, Brian d’Arcy James dan Alaqua Cox.

Dalam pada itu, dalam temu bual lain secara ekslusif bersama produser eksekutif MCU, Trinh Tran, dia turut berbicara mengenai keterujaannya menerbitkan Hawkeye sejak peralihan watak dalam Thor yang berkait rapat dengan penggunaan senjata tangan.

“Itu adalah salah satu sebab mengapa saya mahu menghasilkan Hawkeye. Ia adalah kisah pertaruhan yang intim dan lebih peribadi membabitkan Clint dan Kate Bishop.

“Saya fikir pintu itu terbuka luas dari segi apa pun. Justeru saya rasa pemilihan Steinfeld dalam cerita ini melengkapkan sisi berbeza Clint.

“Pelbagai cabaran terpaksa produksi tempuhi sepanjang menghasilkan Hawkeye, namun kami tidak mahu menjadikan ia sebagai satu kelemahan buat semua tenaga yang bertungkus-lumus menjayakan siri ini,” katanya.

Tambah Tran lagi, meskipun ini merupakan pengalaman pertama menerbitkan rancangan televisyen berbanding di layar lebar, dia akui terdapat perbezaan dari segi masa.

“Dari segi kandungan cerita, jika dalam filem ia dua jam tetapi berbeza pula dengan televisyen yang memerlukan enam jam untuk enam episod.

“Saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan saya ingin lihat bagaimana siri adiwira ini berada di kaca televisyen. Bekerja di Marvel, perkara yang hebat ialah apabila kami bekerja mengikut proses.

“Kami mahu menjadikan siri ini dengan kualiti sinematik yang sama seperti penonton lihat dalam semua cerita 10 tahun lalu,” ujarnya.


Sedapnya daging bumbu sate ni. Jom cuba resipi yang mudah dan semestinya sedap ini. Sekali rasa pasti nak lagi.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging (potong nipis)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
1 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan kacang tumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 sm halia
2 sm kunyit
3 sm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
10 tangkai cili merah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus daging sehingga lembut kemudian masukkan daging ke dalam mangkuk.
  2. Gaulkan dengan bahan kisar, rempah serbuk, santan, garam, gula, kerisik dan air asam jawa. Perap selama setengah jam.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan perap sehingga naik minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan daun limau purut dan kacau rata. Taburkan kacang tumbuk. Hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram