“PUAN Majistret, kes ini melibatkan transaksi komersial asas yang mana saya tidak mendapat produk dengan jumlah wang yang saya bayar.”
Kisah tersebut bermula pada 28 September 2020 apabila Janet Carlson membayar AS$549.69 (RM2,332) untuk iPhone baharu yang menjadi kegilaan ramai.
Dua minggu kemudian, masalah bermula. Pada mulanya, Carlson menganggap ia berpunca dari kesalahannya yang telah meningkat perisian baru Apple ‘Versi 14’ pada Oktober dan tidak biasa dengan penggunaannya.
Disebabkan dia telah membeli pelan perlindungan tambahan Apple Care, Calson terpaksa membuat panggilan telefon selama 75 jam dengan bercakap dengan 26 juruteknik Apple bagi membantunya menyelesaikan 23 masalah berkaitan telefon tersebut.
Malahan dia juga telah berjumpa sendiri dengan juruteknik Appla di kedai mereka. “Saya telah membuat apa sahaja yang disuruh oleh mereka,” katanya sambil menyatakan masalah tersebut masih berlaku.
Kursor sering hilang, banner tidak sah muncul, menyalin ayat sendiri, audio bermasalah, fungsi padam tidak boleh guna, kerosakan imlak berterusan dan masalah e-mel. Masalah-masalah tersebut terus berlaku walaupun telah cuba dibaiki oleh Apple.
Keadaan tersebut menyebabkan Carlson menjadi berang kerana polisi Apple menyatakan mereka sedia menukarkan telefon baharu kepada pelanggan jika bermasalah dalam tempoh 14 hari selepas dibeli.
“Masalah saya bermula selepas 14 hari. Pada pertengahan Oktober apabila perisian peningkatan Versi 14 Apple dikeluarkan,” kata wanita tersebut yang tidak mendapat telefon baru kerana polisi Apple.
“Saya hanya mahu nilai yang saya bayar iaitu ‘telefon yang berfungsi,” katanya yang merupakan saeorang penulis dan editor berjaya di New York.
Bapanya, Robert Carlson, 97, merupakan seorang peguam yang pakar dalam mengendalikan kes-kes perundangan korporat. Manakala, ibunya yang berusia 96 tahun, Helen garland merupakan balu kepada mendiang ahli sejarah legenda, Gloucester Joe Garland.
Carlson telah membawa kes Apple tersebut ke Mahkamah Tuntutan Kecil sehingga dia membentangkan kesnya pada 21 Oktober di hadapan Majistret Margaret Daly Crateau denngan bukti-bukti menunjukkan kegagalan telefonnya.
“Tiada pertikaian antara kedua-dua pihak mengenai hakikat bahawa telefon yang dijual kepada saya oleh Apple adalah rosak,” katanya kepada Crateau.
“Apple mendakwa mereka tidak bertanggungjawab. Undang-undang kontrak asas mengatakan mereka bertanggungjawab.” Crateau, yang turut memiliki iPhone bersetuju dan pada 12 November, Carlson menerima cek AS$2,800 (RM11,879) daripada Apple Inc. – UtusanTV

