PRU-15 waktu ini sangat tidak bertanggungjawab – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA rasa kalau diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada waktu ini sangat tidak bertanggungjawab.”

Demikian kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kedudukan COVID-19 ketika ini membuatkan pelaksanaan PRU-15 perlu diketepikan terlebih dahulu.

Menurut Khairy, situasi kes COVID-19 masih berada dalam keadaan membimbangkan di samping berdepan peningkatan kemasukan ke hospital.

Lebih membimbangkan, kata beliau, kemunculan varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.529 yang merbahaya.

“Saya telah berbincang perkara ini dengan pakar-pakar termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah PRU-15 sebenarnya boleh dielakkan, (berbanding) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang tidak boleh dielakkan kerana sudah tamat tempoh manakala PRN Melaka kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan.

“KKM tegas menasihatkan untuk menentang pelaksanaan PRU dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Murid sekolah rendah perlu bergilir buat saringan mingguan – KJ

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini dilaporkan mahu PRU-15 ‘kalau boleh esok’ melihat kepada faktor sentimen rakyat yang kini berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Mohamad atau Tok Mat menjelaskan ungkapan itu adalah jawapan secara seloroh cara orang kampung.

Apabila ditanya berapa cepat PRU sesuai diadakan, Tok Mat berkata: “Dalam masa lima, enam bulan ini saya rasa adalah baik,” katanya.

Sementara itu, Khairy memaklumkan, KKM akan mempergiat penguatkuasaan terutama di premis perniagaan ekoran terdapat laporan premis tidak lagi menyemak status vaksinasi pelanggan.

“Saya telah mengarahkan bahagian penguatkuasaan untuk buat semakan kepada premis dan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.

“Arahan itu dikeluarkan tadi untuk kita pergiatkan lagi penguatkuasaan di lapangan terutama restoran dan premis perniagaan lain yang syarat kemasukan pelanggan adalah mesti lengkap vaksinasi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This