DARJAH kebesaran Selangor kepada bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Phang Ai Tu atau OC Phang ditarik serta dibatalkan berkuat kuasa Oktober lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, keputusan penarikan serta pembatalan dilakukan bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor.
Katanya, OC Phang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada 2010 dengan gelaran Datin Paduka diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi.
“Justeru, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran itu ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada Oktober lalu berikutan beliau seorang yang tidak layak serta sesuai memegang darjah kebesaran itu.
“Beliau juga dilarang daripada menggunakan gelaran Datin Paduka dan mana-mana pihak turut ditegah memanggil beliau dengan gelaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BERITA BERKAITAN Sultan Selangor seru hayati kehidupan Rasulullah
Haris yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor berkata, perkara itu selaras dengan kuasa Sultan Sharafuddin mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Statut Darjah Kebesaran berkenaan.
Katanya, baginda memandang berat reputasi penerima Darjah Kebesaran Selangor terutama pegawai yang terbabit dengan pertuduhan perlakuan tidak berintegriti seperti rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.
“Penerima darjah kebesaran itu seharusnya tidak terbabit dengan perbuatan salah laku dan kesalahan jenayah demi melindungi martabat darjah berkenaan serta memelihara status penerimanya,” katanya.
Katanya, Sultan Selangor turut mengingatkan semua pihak bertanggungjawab memastikan langkah wajar dan tindakan tegas dilaksanakan bagi membendung gejala rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan amalan tidak berintegriti.
“Ia terutama ke atas semua penjawat awam, pemimpin, golongan profesional, ahli korporat dan orang perseorangan yang terbabit secara langsung dengan aktiviti salah laku.
“Langkah itu bagi memastikan negeri ini sentiasa dalam suasana aman dan di bawah tadbir urus yang cekap, amanah serta berintegriti,” katanya.
Pada 19 Januari lalu, sebuah portal melaporkan LPK tidak dapat meneruskan usaha menuntut sebahagian daripada kerugian lebih RM2 bilion yang berkaitan dengan kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ia berikutan OC Phang yang dinyatakan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada September 2018 memutuskan bahawa dia bertanggungjawab atas kerugian berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

