Ketum 1.3 tan cuba diseludup ke Thailand dirampas ATM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berjaya merampas 1.3 tan daun ketum yang cuba diseludup keluar ke Thailand, Rabu lalu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut berlaku di trek menghala ke Batu Sempadan 29/190 dalam daerah Padang Terap.

Katanya, ia merupakan sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Menurut 2 Divisyen, pasukan ronda telah berjaya merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan Isuzu Trooper serta empat buah motosikal.

“Turut dirampas mata wang Malaysia, wang Thailand, telefon bimbit dan sejumlah guni serta plastik hitam disyaki daun ketum seberat 1.3 tan.

“Walau bagaimanapun, kesemua suspek disyaki bertindak melarikan diri ke arah kawasan hutan apabila menyedari kehadiran pasukan ronda yang sedang melakukan rondaan.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Dadah RM4.2 juta dirampas, suami isteri dalang utama ditahan – JSJN

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM77,384.88.

“Pasukan beroperasi sentiasa bersedia mengawal pada bila-bila masa dan meningkatkan lagi kesiapsiagaan.

“Pasukan juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This