Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa bertemu dengan pemimpin redaksi media massa Indonesia dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI), di Jakarta, 9 November lalu.

IKATAN Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya hubungan antara wartawan Malaysia dan Indonesia diperkukuh.

“Kami sangat mendukung kenyataan Ismail Sabri untuk memperkuat hubungan kedua negara serumpun. Pernyataan itu sangat positif,” kata Ketua ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan dalam kenyataan hari ini.

Sejak ditubuhkan pada 2007, beliau berkata, ISWAMI berusaha keras untuk menyalurkan informasi dari kedua-dua negara melalui pemberitaan agar setiap isu yang muncul dapat difahami dengan lebih baik.

Kedua negara memiliki latar sejarah dan budaya yang sama selain hubungan kedua-dua negara sangat bagus, namun ada kalanya berbagai riak terjadi di peringkat masyarakat, kata Asro.

Perdana Menteri ketika berucap dalam Malam Wartawan Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) malam tadi, berkata, selain hubungan diplomatik yang berjalan sangat baik, wartawan dapat memainkan peranan bagi meningkatkan kesefahaman antara negara serantau.

Asro Kamal Rokan

“Lawatan saya ke Indonesia baru-baru ini membantu mengeratkan hubungan dengan ISWAMI.

“Saya percaya ISWAMI dapat memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung sesama wartawan kedua-dua negara,” kata beliau.

Baca artikel berkaitan: ISWAMI akan laksana program rancakkan sektor berkepentingan Malaysia-Indonesia

Ketika berkunjung ke Jakarta, sehari sebelum bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo, Ismail Sabri turut mengadakan pertemuan dengan 15 Pemimpin Redaksi media utama Indonesia.

Beliau berbincang santai pada petang November 9 di Ballroom Ritz Carlton Hotel menyatakan wartawan adalah mata dan telinga yang dapat membantu pemerintah untuk memastikan kelangsungan pembangunan untuk rakyat.

“Media boleh membuat teguran yang bernas dan berasas bagi membantu pemerintah menyampaikan yang terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional atau HAWANA, yang pertama kali telah dijayakan pada tahun 2018.

“Kerajaan akan terus memberi sokongan kepada program yang sesuai untuk dilaksanakan,” katanya.

HAWANA berjaya diadakan pada 2018 di Kuala Lumpur di bawah penyelenggaraan bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram