Turun lagi, RON97 kini RM3.02 seliter

Dari Penulis

HARGA runcit petrol RON97 turun lagi 3 sen seliter iaitu daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 8 Disember depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter diikuti diesel yang kekal pada paras RM2.15 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel biarpun harga pasaran sebenarnya telah meningkat melebihi harga siling ditetapkan.

“Ini bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini.

Sebelum ini, harga runcit RON97 turun tiga sen seliter bagi tempoh 25 November hingga 1 Disember.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This