Perarakan Piala Malaysia KL City petang ini dibatalkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WARGA kota dan peminat kelab bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC yang menjuarai Piala Malaysia 2021, Selasa lalu terpaksa melupakan hasrat meraikan kejayaan selepas acara perarakan kemenangan dibatalkan.

Perkara itu diumumkan sendiri Presiden KL City FC, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan dalam Twitter miliknya.

Menurut Annuar, acara perarakan itu terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan orang ramai.

Annuar memaklumkan, beliau akur bahawa aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal tidak sesuai diadakan pada ketika ini.

“Dukacita dimaklumkan, Victory Parade KL City esok terpaksa dibatalkan.

“Kita akur supaya aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal tidak sesuai pada ketika ini.

“Keselamatan dan kesihatan penyokong KL City dan warga kota kita utamakan,” katanya dalam ciapan tersebut.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, acara berkenaan terpaksa dibatalkan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Baca artikel berkaitan: Perarakan kejuaraan KL City FC di tengah ibu kota petang esok

“Esok (Hari ini) sepatutnya ada perarakan Piala Malaysia dari Dataran Merdeka ke Stadium Cheras sebagai meraikan kemenangan KL City.

“Namun, terpaksa dibatalkan atas arahan MKN. Kami patuh arahan, perarakan dibatalkan, jumpa lagi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

‘Victory Parade’ tersebut dijangka bermula di Dataran Merdeka iaitu selepas waktu asar, sekitar pukul 4.45 petang dan akan melewati alan Tuanku Abdul Rahman, Kompleks Campbell, Jalan Raja Laut, Kampung Baru, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Menara Berkembar Petronas, KL Tower, sekitar Bukit Bintang dan seterusnya akan berhenti di Stadium Bola Sepak Cheras.

Acara berkenaan dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penaja utama pasukan KL City dan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi meraikan kejayaan KL City muncul juara Piala Malaysia edisi ke-100.

Dalam aksi final di Stadium Bukit Jalil, Selasa lalu, KL City mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 sekali gus menamatkan penantian 32 tahun untuk merangkul kejuaraan berprestij itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This