KL City muncul juara Piala Malaysia 2021 yang memasuki tahun ke-100 penganjuran setelah menewaskan JDT 2-0 Selasa lalu./ Gambar FB MFL.

“VICTORY PARADE” bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak KL City FC muncul juara Piala Malaysia Edisi yang Ke-100 akan berlangsung esok.

Perarakan ini dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penaja utama pasukan KL City dan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Annuar Musa bersama Bojan Hodak pada aksi final Piala Malaysia Selasa lalu.

Menurut Presiden KL City FC, Tan Sri Annuar Musa, perarakan kemenangan Piala Malaysia ini juga untuk membolehkan warga Kuala Lumpur melihat secara lebih dekat piala berkenaan dan pemain-pemain pasukan bola sepak KL City.

“Victory Parade” ini dijangka bermula di Dataran Merdeka, iaitu selepas waktu asar, sekitar pukul 4.45 petang dan akan melewati Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kompleks Campbell, Jalan Raja Laut, Kampung Baru, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Menara Berkembar Petronas, KL Tower, sekitar Bukit Bintang dan seterusnya akan berhenti di Stadium Bola Sepak Cheras.

Baca: Bukan hanya penjaga gol – Bojan Hodak

Juara Piala Malaysia, Wilayah Persekutuan cuti umum Jumaat ini

“Di stadium, akan diadakan persembahan oleh artis-artis Kuala Lumpur dan tempatan untuk para penyokong sementara menunggu ketibaan Piala Malaysia dan para pemain.

“Persembahan ini dijangka bermula pada jam 5 petang sehingga jam 6.30 petang. Memandangkan kejuaraan ini amat bersejarah, iaitu merupakan kejuaraan siri ke-100 dan juga merupakan hadiah bermakna menjelang sambutan ulang tahun ke-50 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya ingin mengajak penyokong pasukan bola sepak untuk bersama-sama meraikan kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC ini.

“Para penyokong juga boleh meraikan kejayaan pemain-pemain di sepanjang perjalanan dengan mengibarkan bendera Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan dan dijemput juga untuk berada di Stadium Bola Sepak Cheras bagi menyambut ketibaan Piala Malaysia dan pemain-pemain bola sepak KL City di sana,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram