Kes COVID-19 naik lebih 700, catat 4,965 hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS mula menunjukkan penurunan untuk tiga hari berturut-turut, kes COVID-19 seluruh negara kembali naik melebihi 700 jangkitan hari ini.

Berbanding 4,262 kes yang dilaporkan semalam, jangkitan melonjak naik lebih 700.

Namun begitu, kes COVID-19 masih berada di bawah angka 5,000 selepas merekodkan 4,965 jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 telah pun mencecah 2.668 juta setakat ini.

“Pada 7 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,965 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,667,999 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.

Berdasarkan rumusan kes yang dikongsikan Dr. Noor Hisham, jangkitan masih lagi menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tujuh hari iaitu empat peratus dengan purata kes sepanjang tempoh berkenaan direkodkan 5,019 kes.

Baca artikel berkaitan: COVID: Kes baharu hari ini turun kepada 4,298 – KP Kesihatan

Labuan merekodkan trend penurunan tertinggi iaitu sebanyak 50 peratus dengan purata 11 kes dilaporkan diikuti Sarawak yang susut 42 peratus menerusi purata 95 jangkitan.

Beberapa negeri bagaimanapun menunjukkan trend peningkatan dengan Perlis mencatatkan lonjakan tertinggi sebanyak 21 peratus menerusi purata 40 kes.

Kelantan turut mencatatkan trend peningkatan sebanyak 12 peratus diikuti Negeri Sembilan yang naik 10 peratus.

Melaka yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November lalu turut melaporkan peningkatan sebanyak lapan peratus.

Dalam hantaran berasingan, Dr. Noor Hisham turut berkongsi nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) yang terus naik kepada 0.99 berdasarkan 4,262 jangkitan semalam.

Kadar kebolehjangkitan tertinggi direkodkan di Perlis iaitu 1.13 manakala tiga negeri iaitu Melaka, Kuala Lumpur dan Perak mencatatkan 1.00.

Kebolehjangkitan di Sarawak direkodkan terendah iaitu 0.74.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This