ADUN Tronoh diperintah bela diri tuduhan rogol pembantu rumah

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi di Ipoh hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 15 dan 16 Feb depan untuk Yong, 51, membela diri.

Yong didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

— UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This