Najib luah kecewa Mahkamah Rayuan kekalkan sabitan

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalahnya dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn. Bhd.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Najib juga menyatakan telah mengarahkan pasukan peguam belanya untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.

Najib malah sekali lagi menegaskan tidak bersalah sejajar dengan kedudukan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai orang Islam.

Pada masa sama, Najib juga membangkitkan persoalan mengenai dana bernilai RM42 juta milik SRC yang dipindahkan ke akaun peribadinya.

“Sebagai (orang) Islam, saya nak nyatakan saya tidak pernah tahu, minta atau arahkan sesiapa untuk memindahkan RM42 juta ke akaun saya.

“Pertama saya nak nyatakan bahawa saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Saya telah minta peguam untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang menyifatkan tindakan Najib sebagai memalukan negara, bekas Perdana Menteri turut kecewa dengan kenyataan sedemikian.

Baca artikel berkaitan: Kes SRC International: Rayuan Najib ditolak, hukuman kekal

Beliau menegaskan telah membawa banyak kejayaan kepada negara termasuk meningkatkan aset kepada RM2 trilion sepanjang tempoh selaku Perdana Menteri.

“Jika anda bercakap mengenai aib negara, ada isu skandal lain seperti tukaran mata wang asing (forex) yang menyebabkan negara kerugian RM31 bilion.

“Bukankah itu jauh lebih besar?,” katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman sekali gus menolak rayuan Najib yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Panel tiga hakim dipengerusikan Abdul Karim bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membuat keputusan tersebut.

Ia selepas panel ketiga-tiga hakim berkenaan mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan tersebut.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan sebelum ini atas alasan ia adalah wajar dan bersesuaian.

Najib, 68, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhi hukuman 10 tahun penjara ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pekan itu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This