Undang-undang tahanan di rumah masih tak jelas, beri masa kerajaan gubal – Penganalisis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PIHAK-pihak yang menggesa supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera menjalani baki hukuman penjara di rumah diminta supaya bersabar dan memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan.

Hal ini kerana, Kerajaan Madani menerusi Kementerian Dalam Negeri sejak tahun lalu komited mengadakan libat urus untuk memperkenalkan undang-undang tahanan di rumah di Malaysia.

Penganalisis jenayah Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, sehingga kini, Malaysia belum ada satu undang-undang yang jelas dan teratur dalam mengendali banduan bagi menjalani tahanan seperti ini.

“Oleh kerana itu kena ada satu undang-undang yang jelas untuk tahanan di rumah bukan sahaja untuk Datuk Seri Najib tapi bagi kes-kes yang lain (pada masa hadapan) atau kes kecil untuk tidak mahu sesakkan penjara.

“Sekian lama sudah bersabar (pihak yang mendesak), bagi sedikit masa lagi untuk kerajaan mengubal undang-undang dengan jelas supaya tiada siapa-siapa boleh mempertikaikan kelak,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Ahmad Zahid tiba di Auckland untuk lawatan kerja 5 hari ke New Zealand

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Susulan daripada itu, veteran UMNO merayu kepadea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mempersembahkan persetujuan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi melaksanakan Titah Adendum.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, berdasarkan keputusan AGC yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum, hanya Perdana Menteri dan Agong mempunyai kuasa merealisasikannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Adakah beliau mendapat tawaran? Srikandi Bersatu luah rasa kecewa atas tindakan Alwiyah

SRIKANDI Bersatu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Alwiyah Talib yang memilih untuk meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan...

More Articles Like This