Petua kecantikan di dapur, tak perlu beli produk mahal

Dari Penulis

UBAT GUSI BENGKAK

Ambil umbut nanas dan hancurkannya. Lepas itu campurkan sedikit garam halus pada umbut yang telah dihancurkan tadi. Bila sudah siap tampalkan pada gusi yang bengkak dan biarkan sehingga kering. Lakukan cara ini sehingga gusi surut kembali. Mesti cuba dulu, baru tahu mujarabnya.

DAUN KARI HITAMKAN RAMBUT

Anda menghadapi masalah rambut beruban yang disebabkan faktor usia ataupun kerana akar rambut yang sakit. Jangan risau, ambil segenggam daun kari dan campurkan dengan satu sudu minyak kelapa. Masak kedua- duanya di atas api sederhana sehingga daun kari hangus. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut dan amalkan selalu. Insya-Allah rambut anda akan kembali hitam.

MERAHKAN BIBIR

Ambil sepotong halia yang telah dibersihkan dan tumbuk halia tersebut jangan sampai hancur. Lepas itu ambil halia yang ditumbuk tadi dan sapukan pada bibir. Biarkan sehingga kering dan setelah itu barulah dicuci. Lakukan amalan ini dua kali sehari sehingga anda memperoleh hasil yang anda inginkan.

Selamat mencuba.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This