“ADA yang tiba-tiba sakit gigi, ada yang menangis, ada juga yang ‘cool’ sahaja dan pelbagai gelagat lagi,” komen Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri acara berkhatan perdana anjuran pemuda UMNO Bahagian Bera di Bera, Pahang hari ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, beliau bersama kira-kira 350 peserta dan 18 mudim program khatan berjaya memberikan semangat kepada kanak-kanak yang menyertai acara tersebut.
“Telatah mereka sungguh mencuit hati'” katanya sambil menyatakan beliau turut menyerahkan sumbangan van jenazah untuk kegunaan Parlimen Bera dan topi keledar keselamatan kanak-kanak sumbangan Myperintis.
“Inilah Keluarga Malaysia. Kita jaga keluarga orang lain seperti kita jaga keluarga kita sendiri,” katanya dalam satu hantaran Facebook miliknya hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bera turut meluangkan masa meninjau harga barang di Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang berlangsung di Jalan Centre Triang, Bera. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

