Rezeki peniaga jumpa muntah ikan paus semasa memancing

Dari Penulis

SEORANG pengusaha sebuah kedai makan di Kemasik, Terengganu terkejut apabila dimaklumkan objek seberat kira-kira 5 kilogram (kg) yang disangkanya sampah adalah muntah ikan paus.

Wanita itu, Aida Zurina Long berkata, objek berupa ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus itu ditemui semasa dia memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Marang, bulan lalu.

Katanya, dia yang memutuskan mengambil objek itu pulang ke rumah terkejut apabila dimaklumkan bapanya ia adalah muntah ikan paus yang diketahui mahal harganya.

“Saya ingat sampah dan menarik objek itu menggunakan kayu ke tepi tebing. Saya kemudiannya memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah,” katanya.

Aida Zurina, 41, memberitahu, bapanya mendakwa objek yang dijumpai itu jarang ditemui di negara ini.

Ujarnya, bapanya kemudiannya cuba membakar sedikit objek itu dan ia meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi.

“Saya kemudiannya membuat rujukan di internet dan mendapati objek yang ditemui adalah muntah ikan paus dan mempunyai nilai yang tinggi.

“Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk melakukan ujian bagi menentukan kesahihan dan kualiti terhadap objek yang saya temui ini,” katanya.

Menurut Aida Zurina, dia juga tidak tahu muntah paus ini adalah ‘bahan’ yang dicari dalam perusahaan minyak wangi

Difahamkan, muntah ikan paus atau nama saintifiknya ambergris ditemui kali terakhir oleh seorang nelayan di Pantai Niyom Surat Thani, Thailand Februari lalu.

Nelayan berusia 20 tahun itu mendapat durian runtuh apabila ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus bernilai sebanyak 210,000 Pound (RM1.16 juta).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This