Selepas Lisa Blackpink, bintang Running Man, Yoo Jae-suk pula positif Covid-19

Dari Penulis

PENGACARA dan pelawak terkenal Korea Selatan, Yoo Jae-suk disahkan positif Covid-19 oleh agensi pengurusan artis Antenna selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit pada 11 Disember lalu.

Agensi Antenna berkongsi bahawa Jae-suk melakukan ujian saringan PCR pada awalnya dan mendapati keputusan negatif. Namun ujian PCR kedua pada hari Isnin, 13 Disember mendedahkan bahawa keputusan saringan wabak Covid-19 adalah positif.

“Pada 11 Disember, dia menerima makluman mengenai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan kemudiannya terus menjalani ujian PCR pertama. Hasil keputusannya ialah negatif.

“Namun, dia perlu berada di bawah pemerhatian. Ketika menjalani ujian PCR kali kedua pada pagi ini (semalam), keputusannya adalah positif,” kata agensi.

Malah, dilaporkan bahawa Jae-suk,49, sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 pada bulan September lalu.

Menerusi laporan Soompi, bintang program terkenal Running Man itu terpaksa membatalkan semua aktiviti yang telah dijadualkan dan perlu menjalani prosedur kesihatan yang telah ditetapkan.

“Untuk Running Man, Yoo Jae-suk tidak menghadiri penggambaran hari ini (13 Disember) kerana dikhuatiri bahawa dia menghidapi jangkitan Covid-19 ketika pemeriksaan diagnosis kendiri sebelum penggambaran.

“Penggambaran diteruskan tanpa Jae-suk, tetapi kami belum memutuskan rancangan kami untuk penggambaran masa depan,” ujar syarikat televisyen Korea, SBS.

Malah, Jae-suk juga tidak akan menghadiri ‘2021 SBS Entertainment Awards’ yang dijadualkan akan berlangsung pada 18 December ini.

Terdahulu, Choi Si-won dari Kumpulan K-pop Super Junior, pelakon Yoon Eun-hye dan Lisa dari Blackpink turut dilaporkan positif Covid-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This