USAHAWAN sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz zaman tidak ambil kisah apabila asetnya di Malaysia mula dilelong dan disita bermula hari ini, bertempat di premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sesi lelongan itu berlangsung pada pukul 10.30 pagi tadi.
Menerusi sesi siaran langsung Instagram (IG Live), Sajat berkongsi bahawa dia mahu memulakan kehidupan baharu di Australia dan tidak kisah apabila hartanya di tanah air mula dilelong.
“Saya tak ada di sana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu.
“Sebagai manusia, pokok pangkalnya apa yang kita ada, kita akan tinggalkan nanti. Syukur, saya dapat melihat semua ini ketika saya masih hidup Cuma saya tidak menetap di sana (Malaysia).
“Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa, saya sudah ada kehidupan di sini (Australia),” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Aset Sajat mula dilelong esok , Mahkamah Tinggi arah harta Sajat disita & dijual
Tambah Sajat, dia bersyukur akan atas segala yang berlaku kepadanya dan turut menangis rindukan suasana di Malaysia dan dua anak angkatnya.
“Kami tak sibuk, korang pula kecoh fasal apa? Nak lelong, lelonglah. Saya tak harian pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan. Saya bersyukur apa yang berlaku.
“Tak payah nak sedih-sedih, benda dah jadi dah. Kami tak teriak (menangis) pun, kamu pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit kamu, tu duit kami yang kena lelong itu.
“Kami teriak sebab kami rindu suasana di Malaysia dan rindu anak-anak. Saya ni manusia, tipulah saya tak menangis. Tapi saya fikir balik kalau perkara (lelong) ini tak jadi sekarang, mungkin masa saya mati nanti,” ujarnya.
Sajat turut memberitahu bahawa segala yang dimiliki adalah pinjaman dan dia perlu teruskan kehidupan baharu di Australia.
“Kasihan anak-anak saya kalau harta kena lelong masa saya dah tak ada. Saya melihat perkara ini dari sudut positif. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jadi penduduk tetap di sini, kenapa nak sedih eh?.
“Saya kena ‘move on’, sebab bila tengok duit di Australia ini, saya jadi gembira. Lagi sedap duduk sini daripada Malaysia.
“Semua itu pinjaman, sekurang-kurangnya saya dah merasa perabot mahal! Saya anggap saya insan terpilih untuk menerima dugaan macam ini,” ujarnya.
Untuk info, lelongan aset Sajat merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.
Difahamkan, menerusi laporan media, pembida perlu menyediakan wang tunai sebanyak RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan perumahan tersebut dan menyertai proses lelongan tersebut.
Setiap pembida perlu membeli kesemua barangan bernilai lebih RM70,000 dan pembelian satu unit barangan sahaja tidak dibenarkan.
Lelongan itu dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin ,41, dan Mohamed Syakir Hussin,32 daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

