6 bintang Running Man gamatkan MIECC 15 Februari 2025 dep

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ENAM artis daripada rancangan hiburan TV popular Korea Selatan Running Man iaitu Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan, akan hadir“berlari” ke Malaysia. 

Selepas tujuh tahun peminat di Malaysia menantikan kehadiran mereka kembali ke Kuala Lumpur. Dengan penuh keriangan, Konsert RUNNING MAN RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR akan diadakan pada 15 Februari 2025 di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC), Kuala Lumpur.

Rancangan hiburan TV Running Man telah bersiaran tanpa henti semenjak pelancarannya pada 2010. Ia kini telah memasuki tahun ke-14 penyiaran dan terus kekal popular di seluruh dunia sehingga kini, terutamanya di rantau Asia.

Bermula dari 2013, artis Running Man sering berkunjung ke luar negara untuk bertemu dengan para peminat dan membawa keriangan di kalangan mereka.

Enam selebriti itu akan bersama-sama tampil bagi meraikan kejayaan berterusan rancangan ini dengan pencapaian 732 episod dan menjadi rancangan hiburan TV yang paling unggul di Korea Selatan! 

Acara jelajah RUNNING MAN RUN 2 U telah bermula pada 2024. Ia telah berjaya dianjurkan di Filipina dan Indonesia dengan penjualan tiket yang hangat dan habis dijual. Ini sekali lagi membuktikan bahawa populariti Running Man tidak boleh dinafikan.

Berita baik dan kejutan kepada peminat Yu Jae Seok dan Yang Se Chan yang pertama kalinya datang ke Malaysia, mereka akan dapat bertemu secara langsung! 

Bagi peminat Running Man, Yu Jae Seok amat digemari oleh penonton kerana penampilannya yang penuh pesona dan lawak jenaka. Yang Se Chan juga disukai oleh penonton kerana gayanya yang humoris, serius, dan penuh semangat. 

Kedatangan kali pertama mereka ke Malaysia bersama ahli-ahli lain akan menampakkan interaksinya dengan peminat, dan sesungguhnya akan menghiburkan semua orang.

Selain daripada aksi-aksi artis yang lucu dan mencuit hati, sudah tentunya rancangan permainan atau game-game yang kreatif, tidak kira mereka bertanding di Korea Selatan atau pengembaraan di mana-mana lokasi luar negara.

Selain itu, Running Man juga telah memenangi pelbagai anugerah semenjak penyiarannya di kaca TV. Antaranya termasuk Anugerah Program Paling Popular di Anugerah Hiburan SBS Ke-4 2010, Anugerah Program Paling Cemerlang di Anugerah Hiburan SBS kelima pada 2011 dan banyak lagi anugerah lain selain daripada Anugerah Hiburan SBS. 

Program ini turut memenangi Anugerah Insider 2016 untuk program TV paling popular di dunia, dan menduduki tempat pertama dalam senarai rancangan hiburan TV Korea paling popular di iQiyi Taiwan pada 2018. 

Rancangan ini turut memenangi Anugerah Kesetiaan Pelanggan Jenama Korea selama tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, serta memenangi Anugerah Jenama Tahunan pada 2023 dan 2024.

Acara jelajah ini adalah sangat poupular di rantau Asia, termasuklah Malaysia. Pada 2017, konsert yang diadakan di Malaysia telah berjaya mencipta sejarah dengan sambutan yang sangat hangat dan positif di kalangan peminat-peminat tempatan. 

Kali ini, RUNNING MAN RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR 2025, dengan barisan artis Running Man di pentas Malaysia, ianya akan berikan kenangan yang sukar dilupakan kepada peminat.

Harga tiket bermula RM958, RM858, RM688, RM488, RM388 dan RM288. Penjualan tiket akan bermula pada 26 Disember, 2024 melalui laman web Bookmyshow dan TOYM. 

Peminat Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu barisan artis Running Man. 

Untuk maklumat yang lebih lanjut dan banyak lagi berita baik kepada peminat-peminat, ikuti kami di my.bookmyshow.com


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This