Bayam, antara sayuran yang murah harganya, tetapi kaya dengan khasiat vitamin A, C, E, zat besi, kalisum, kalium, beta karoten, sodium, potassium, fosforus dan magnesium.

Semua khasiat ini memberikan kebaikan kepada ibu yang menyusukan anak serta bagi mereka yang demam panas, mereka yang kekurangan darah dan penghidap masalah ginjal. Selain itu air rebusan bayam juga baik untuk memperkuat fungsi hati dan memulihkan kualiti penglihatan mata.

Vitamin A yang terkandung dalam bayam juga bermanfaat untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Manakala vitamin C dalam badan dapat membantu melambatkan proses penuaan dan baik untuk kulit.

Sementara vitamin E pula yang bertindak sebagai vitamin antioksidan dapat melindungi sel-sel tubuh yang rosak. Zat mineral dalam bayam pula dapat membentuk pertumbuhan tulang, gigi dan hati. Pendek kata bayam yang murah ini sememangnya banyak sungguh khasiatnya.

Selain bayam, sawi yang merupakan antara sayuran murah di negara kita juga mempunyai khasiat yang tinggi dan amat bermanfaat untuk tubuh kita. Vitamin yang paling tinggi dalam sayur sawi ialah vitamin K yang berguna sebagai agen membantu pembukaan darah mengalir oleh kerana luka.

Kalau kita lihat, bila ada kesan luka pada jari atau mana-mana pada tubuh kita, darah cepat kering dan kesan luka akan hilang dalam tempoh beberapa hari adalah kerana vitamin K. Oleh itu jangan pandang rendah kepada sayur sawi.

Ramai di kalangan kita tidak suka sayur sawi kerana dikatakan rasanya yang pahit. Namun ia tidaklah sepahit peria dan apa salahnya kalau kita makan sayur yang ada rasa yang sedikit pahit demi kebaikan khasiatnya.

Zat lain yang terkandung dalam sayur sawi adalah seperti kalsium, kalium, mangan, folat, zat besi, fosfor, trptofon, dan magnesium. Manakala kandungan non-gizi yang ada dalam sayur sawi adalah serat atau fiber yang kadarnya cukup tinggi.

Untuk kandungan vitamin C sayur sawi, beberapa ahli mengatakan bahawa kadarnya hampir sama seperti limau. Ini sangat bagus untuk menjaga daya tahan tubuh sehingga tidak mudah sakit.

Kandungan kalsiumnya yang tinggi sangat bagus untuk pembentukan dan menjaga kualiti tulang.

Manfaat sayur sawi yang lain adalah dapat menurunkan kadar kolesterol jahat penyebab strok atau penyakit jantung. Selain itu ia untuk menurunkan kadar gula darah penyebab kencing manis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram