Kimberly-Clark sekali lagi berjaya menerima anugerah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2021 (edisi Malaysia) yang dikelolakan oleh HR Asia.
Pengiktirafan itu ditentukan melalui soal selidik oleh HR Asia yang melibatkan kira-kira 250 syarikat di seluruh negara, bagi menilai organisasi-organisasi mengenai semangat, keperluan dan jangkaan pekerja, budaya korporat serta usaha penglibatan pekerja.
Dalam soal selidik itu, Kimberly-Clark Malaysia berjaya mendapat skor melebihi purata industri dalam semua bidang yang digariskan.
Pengarah Sumber Manusia, Kimberly-Clark Malaysia Ng Li Lin mengatakan, pihaknya amat berbesar hati dengan penganugerahan tersebut terutamanya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.
“Pandemik ini telah mencabar kami untuk membentuk semula pendekatan terhadap sumber manusia dan memahami betapa pentingnya untuk berkomunikasi dengan jelas, bersikap telus dan tepat pada masanya dengan membenarkan pekerja berkongsi maklum balas secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Jom ke Program Outreach KPLB@Padang Terap di Naka esok!

Tambah Li Lin, dengan kemenangan itu, ia secara tidak langsung menyemarakkan lagi komitmen syarikat itu dalam membina tempat kerja yang memupuk pertumbuhan peribadi dan profesional.
“Ia juga mengambarkan bagaimana setiap pekerja Kimberly-Clark mampu menyampaikan nilai dan budaya kita,” ujarnya.
Katanya, ia juga telah membantu mereka membina syarikat yang menjadi kebanggaan semua dan berpeluang menjadi sebahagian daripadanya.
“Ia secara tidak langsung memberi kami semangat untuk mengotakan janji ‘Better Care for a Better World’”.
Kimberly-Clark merupakan syarikat pengeluar barangan keperluan harian dengan jenama utamanya seperti Kotex, Huggies, Kleenex, Scott dan Poise.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

