KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan [email protected] Terap esok (18 Disember) di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Kedah.

Program yang dianjurkan ini merupakan platform untuk mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan dan sebagainya yang disediakan oleh Kementerian dan Agensi seperti KEMAS, MARA, RISDA, FELCRA Berhad dan KEDA.

Bagi usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan Agensi turut menawarkan platform akses pasaran produk / perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.

Servis motosikal percuma (sehingga 200 motosikal) turut diadakan oleh GIATMARA selain perkhidmatan gunting rambut dan solekan, dandanan dan hiasan kuku oleh GIATMARA dan KEMAS.

Bagi lepasan pelajar sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti UniKL, KPTM, IKM, GiatMARA, Kolej FELCRA, Kolej KEDA dan UCAM turut dibuka.

Program dibuka kepada orang ramai bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 5.00 petang.

Ayuh!, rebutlah peluang yang disediakan oleh KPLB dan Agensi dalam mentrasformasikan masyarakat luar bandar selain menjadikan #LuarBandarSejahtera. Jumpa Di Sana! – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram