MPN syor tiga perkara kukuh pemulihan negara – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan tiga perkara kepada kerajaan bagi memperkukuh pemulihan negara susulan mesyuarat keenam majlis berkenaan petang tadi.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, salah satu perkara yang disyorkan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkasakan kempen kesedaran ujian saringan COVID-19 kendiri dan mendapatkan suntikan dos penggalak.

Kata beliau, ia sebagai langkah berwaspada dalam penularan virus COVID-19.

“Majlis juga berpendapat perlunya langkah proaktif dan lebih ketat dalam mengambil kira kemungkinan ancaman varian Omicron dengan terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Ini penting dalam mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan ekonomi negara,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Selain itu, Muhyiddin turut memaklumkan, MPN bersetuju supaya cadangan-cadangan Jawatankuasa Tindakan Khas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi disusuli lebih lanjut.

Menurut Muhyiddin, majlis turut berpandangan bahawa cadangan-cadangan kepada sektor PKS perlu lebih bersasar dengan memberi keutamaan kepada sektor-sektor kritikal.

Muhyiddin berkata, MPN turut mengesyorkan supaya pengambilan tenaga pekerja asing diperluas untuk sektor-sektor ekonomi selain peladangan untuk memastikan sektor yang telah dibuka semula itu dapat beroperasi dengan kapasiti pra pandemik.

Baca artikel berkaitan: 5G: Muhyiddin harap model SWN tidak dipolitik atas kepentingan sempit

“Dalam hal ini juga, pelaksanaannya perlu juga disegerakan dan terselaras agar tidak timbul kesulitan kepada pihak industri yang sedang dalam proses pemulihan.

“Namun, MPN menyarankan agar Jawatankuasa Tindakan Khas PKS mencari penyelesaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam jangka masa panjang,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut berharap supaya proses pemulihan negara diperkukuhkan lagi dengan memastikan semua dasar dan inisiatif pemulihan yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dilaksanakan dengan segera, terselaras, cekap dan berkesan.

Katanya, MPN akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memulih semula dan meningkat daya tahan semua segmen sosioekonomi.

“Selaras dengan pembukaan semula ekonomi negara seperti yang dirancang dalam Pelan Pemulihan Negara, indikator-indikator utama ekonomi semakin menunjukkan momentum pemulihan yang menggalakkan bagi suku tahun keempat 2021.

“Petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku tahun keempat 2021 turut bertambah baik.

“Majlis optimistik bahawa momentum pemulihan ini akan berterusan memasuki tahun 2022,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This