MIC tidak setuju PRU awal: “Pilihan raya perlu benarkan rakyat bergerak, parti berkempen” – Vigneswaran

Dari Penulis

SELEPAS Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan memberangsangkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, timbul gesaan agar Pilihan Raya Umum (PRU) juga diadakan segera memandangkan ‘mood’ sokongan rakyat terhadap BN dalam keadaan baik sekarang.

Bagaimanapun ramai yang tidak menyokong cadangan daripada sebahagian daripada pemimpin UUMNO tersebut kerana ancaman COVID-19 masih belum selesai, malahan virus terbaharu Omnicron juga sedang menular sekarang.

Disebabkan wabak tersebut, walaupun PRN Melaka dan Sarawak diadakan, rata-rata rakyat dan pemimpin parti tidak berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika pilihan raya berlangsung yang menyekat rakyat berkumpul dan pemimpin berkempen.

Sehubungan itu, walaupun MIC merupakan komponen dalam BN, mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan agar PRU ke-15 diadakan dalam waktu terdekat.

Presiden MIC, SA Vigneswaran berkata, masa terbaik untuk mengadakan PRU adalah ketika orang ramai selesa untuk keluar mengundi dan keadaan sekarang tidak mengizinkan perkara itu berikutan pandemik Covid-19.

“Kita boleh adakan PRU bila-bila masa. Tetapi untuk merasai demam pilihan raya adalah dengan memberi keselesaan kepada rakyat bergerak dan pembangkang serta kerajaan boleh berkempen.

“Masa terbaik untuk mengundi adalah ketika rakyat selesa untuk keluar mengundi. Sudah pasti sekarang bukan masanya,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Sebelum ini, timbul gesaan dalam beberapa kumpulan dalam UMNO yang mengesa PRU segera diadakan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat antara pemimpin yang mengetuai gesaan tersebut .

BERITA BERKAITAN UMNO tak perlu kelam kabut minta PRU lebih awal…

Menurut Zahid, memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) bukanlah “kitab suci” untuk menghalang PRU lebih awal.

Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menggesa Ismail Sabri mempertimbangkan cadangan untuk mempercepatkan PRU15 dengan mengatakan sentimen rakyat kini teguh bersama BN.

Sementara itu terdapat kumpulan dalam Umno tidak bersetuju PRU diadakan dalam waktu terdekat, sebaliknya menggesa pemilihan parti itu diadakan segera sebelum November tahun hadapan.

Malahan, Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen kerajaan juga mengumumkan sokongan terhadap kepimpinan Ismail Sabri dan menolak sebarang usaha yang cuba mengugat pentadbiran kerajaan sedia ada.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, mereka memberi sokongan kepada Ismail Sabri sehingga habis penggal pada 2023 dan menolak sebarang usaha untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) awal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This