PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian 10 individu termasuk lapan kanak-kanak di Lebuhraya Elite, malam tadi direman empat hari hingga Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pemandu treler berusia 37 tahun itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan bagi membantu siasatan.
Kata beliau, ujian air kencing dan alkohol mendapati pemandu tersebut tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau pun dadah.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati treler telah merempuh tiga buah kereta yang berhenti di lorong kecemasan disebabkan salah satu kenderaan tersebut mengalami kerosakan manakala dua lagi berhenti untuk memberi bantuan.
“Kemalangan tersebut menyebabkan seramai 10 mangsa berusia antara 10 bulan hingga 37 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa yang terlibat adalah seorang lelaki, seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Identiti 10 maut dirempuh treler dikenal pasti
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Mohd. Fairus turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil untuk membantu siasatan.
Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Superintendan Lim Chin Huat di talian 012-2018080.
MALANG menimpa seramai 10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di kawasan rehat dan rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, malam tadi.
Lebih menyedihkan, kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta itu meragut nyawa satu keluarga iaitu ibu dan lapan anak-anaknya.
Mangsa yang meninggal dunia adalah Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun dilaporkan menaiki Proton Wira dipandu suaminya Abdul Razak Majit, 50, yang cedera ringan.
Lapan anak Abdul Razak yang maut dalam kemalangan itu adalah Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, Puteri Nur Ain Syalwana, 3, Muhamad Hidayat Hakimie, 7, Muhamad Rolkaizat Rezky, 9, Muhamad Aizat Shazwan, 10, Razatul Aliah, 16 dan Muhamad Razarul Amin, 17.
Seorang lagi mangsa yang maut adalah seorang mekanik, Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang mana ketika kejadian memandu kereta jenis Proton Wira, datang untuk membantu menghidupkan bateri kereta dipandu Abdul Razak.
Selain dua kereta Proton Wira, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia turut berada di lokasi kejadian juga untuk membantu kereta dipandu Abdul Razak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

