PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa untuk melawat beberapa mangsa yang terkesan akibat kejadian banjir.
Menerusi perkongsian di media sosialnya sekitar jam 1.30 pagi Ahad, Ismail Sabri sempat meninjau sendiri keadaan banjir di Kampung Bukit Lanchong.
“Ramai penduduk Kampung Bukit Lanchong tersekat akibat banjir di kawasan Putra Heights, Selangor.
Baca: Banjir: Keutamaan kerajaan selamatkan nyawa rakyat – PM
PM arah kementerian berkaitan gerak aset ke kawasan banjir
“Saya sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melaksanakan kerja-kerja memindahkan dan membantu penduduk yang terkandas di kawasan tersebut.
“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” katanya menerusi Facebook beliau.

