Banjir Telemong: Tiga mayat ditemui

Dari Penulis

DUA mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu yang dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, di Bentong, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat  (SAR) hari ini.

Mayat pertama ditemukan pada 1 tengah hari manakala mayat dua wanita ditemukan pada 1.20 tengah hari dan 2 petang, kira-kira dua hingga 5 kilometer dari kawasan mereka dilapor hanyut di kawasan sungai di kampung itu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Sufian Yakob berkata operasi mencari dan menyelamat bermula 9 pagi ini di kawasan mereka dilapor hilang.       

“Setakat ini kami telah jalankan operasi sehingga lima kilometer radius,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Semalam Bernama melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam kejadian di Telemong, Bentong, Pahang.

BACA: Tiga mayat korban banjir ditemui, 69 Komando digerak di Sri Muda

Chalet dilanda banjir lumpur, tiga hilang, 32 selamat

“Saya mengesahkan lima orang itu dipercayai hilang…saya juga menerima laporan berhubung satu penemuan mayat tetapi saya perlu mengesahkannya,” kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar kepada Bernama.

Terdahulu Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong berkata laluan masuk ke tempat kejadian sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This