Fazley Yaakob terima anugerah Celebrity Entreprenuer Of The Year

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

CEF selebriti, penyanyi dan usahawan berjaya, Datuk Fazley Yaakob melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij, Celebrity Entrepreneur Of The Year SME Entrepreneurship Business Award
2021 (SEBA 2021).

Meluahkan rasa bangga dan terharu, Fazley, 43, berkata, anugerah ini adalah satu peningkatan jenama perniagaan dan dirinya sepanjang hampir sedekad menceburi dunia seni dan kulinari.

“Saya tidak menyangka sama sekali akan sebaris dengan nama-nama besar yang pernah menerima anugerah yang cukup berprestij ini.

“Walaupun tahun ini penuh dengan dugaan dan cabaran, namun anugerah ini adalah pelengkap kepada tahun ini. Penyertaan dalam Gegar Vaganza 8, penjenamaan Suka Sucre yang lebih besar dan pelbagai lagi kejayaan disempurnakan dengan anugerah ini.

“Ini adalah penutup terbaik 2021 dan pembuka 2022 yang sempurna untuk jenama milik saya seperti Suka Sucre Bistro, Minang Kapau, Mala Mala dan Bala’s Banana Leaf.
“Ini juga termasuk kolaborasi saya dengan produk antarabangsa seperti Starbucks, Krispy Kreme dan tiga lagi jenama besar (satu melibatkan perubatan) yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada URTV.

Majlis anugerah yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 9 Disember itu turut menobatkan beberapa nama besar dalam
dunia usahawan dan perniagaan sebagai penerima anugerah.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Pengasas Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship), Nitesh Malani.

Anugerah Celebrity Entrepreneur Of The Year SME Entrepreneurship Business Award sebelum ini pernah disandang beberapa ikon seni antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Elfira Loy dan Shuib.

SEBA 2021 yang sudah memasuki tahun keenam dianjurkan oleh Yayasan UsahawanMalaysia (MyPreneurship) juga pernah menganugerahkan usahawan berjaya dan ternama lain seperti Datuk Seri Bernard Chandran, Tan Sri Dr. Tony Fernandes dan Datin Vivy Yusof dalam kategori masing-masing.

Sementara itu, tambah Fazley, anugerah ini juga merupakan permulaan kepada mereka di luar sana yang mahu memulakan perniagaan khususnya dunia ‘food and
beverages’ (F&B).

“Saya telah banyak membantu usahawan muda untuk membina perniagaan dan menjana pendapatan menerusi perniagaan F&B dari rumah, gerai dan juga restoran.

“Saya menganggap kejayaan ini sebagai titik pertemuan untuk kita sama-sama meningkatkan jenama perniagaan kita,” ujarnya.

Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob mula menceburkan diri dalam dunia seni tanah air sekitar 1995 dan berjaya meletakkan diri sebagai penyanyi
lelaki popular sehingga sekarang menerusi beberapa album dan lagu malar segar antaranya Asmara Ini, Bila April dan Cerita Asmara.

Penyandang gelaran Masterchef Selebriti Malaysia Pertama yang dimenangi pada 2012 ini juga pernah menerima pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas
usaha tidak henti memartabatkan masakan serta budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This