“Tolong jangan kongsi gambar makanan dan percutian,” – Linda Rafar minta orang ramai jaga sensitiviti mangsa banjir

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon, Linda Rafar meminta agar pengguna media sosial tidak memuat naik perkongsian gambar makanan dan percutian bagi menjaga sensitiviti mangsa banjir.

Menurut pemilik nama Azlina Abd Rafar, dia berharap agar orang ramai yang tidak terkesan dengan musibah bencana alam ini untuk menjaga hati mangsa yang sedang menjalani dugaan yang getir ini.

“Tolong janganlah kongsi gambar makanan atau bercuti dulu masa rakyat terseksa dengan keadaan banjir.

“Tak tolong, tak apa, tapi tak perlulah nak tunjuk dalam media sosial dalam keadaan tengah kritikal! Tolong lah jaga hati ramai pihak yang tak makan dan terkesan,” tulisnya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripa pengikutnya dan rata-rata bersetuju akan kenyataan yang diutlis oleh Linda.

“Betul setuju sangat tak ada keperihatinan diorang nie,” ujar @maznahalias

“Setuju….. Nak dengar lagu atau tonton hiburan pun tak ada hati….. Sedih tengok keadaan dorang…. Dah masuk hari ke 3…..semoga dipermudahkan segalanya….. Aamiin…,” komen @eyna_eynasha

“Ya betul.. simpan dulu semua yang ‘best’ tuu..hati tak tenang tengok dorang semalam,” kata @sabrinalailysobri

Menerusi laporan UtusanTV, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lapan negeri kini mencecah angka 70,583 orang dengan Pahang menjadi negeri paling teruk terjejas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This