The H Entertainment bakal menganjurkan program amal makan malam Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Malam Gala Amal dan Pengumpulan Dana yang akan diadakan pada 19 Februari 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Program yang berkonsepkan Black Tie itu menyasarkan golongan korporat untuk hadir memberi sumbangan dalam membantu industri seni tanah air.

Malah, penampilan istimewa penyanyi terkenal, Misha serta artis undangan dari Akademi Fantasia iaitu Dafi dan Zarol Zarif akan menghangatkan persembahan yang akan berlangsung selama dua jam.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada The H Entertaiment kerana melihat saya berfungsi sebagai seorang penghibur dan pada masa yang sama mempercayai kredibiliti saya untuk menghiburkan orang ramai bagi mendapatkan dana.

“Apabila saya mendengar tujuan program ini, saya tidak fikir panjang kerana usaha saya ini adalah untuk membantu ramai pihak.

“Selama ini kita banyak menghiburkan para peminat tapi kali ini, kami meraih dan meminta golongan korporat untuk turut tampil dalam satu acara yang kita berikan kepada golongan ini dalam bentuk hiburan,” kata Misha ketika ditemui pada sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat The H Entertainment, Arman Muhammad Mustafa meluahkan rasa syukur apabila The H dapat kembali aktif untuk melaksanakan program-program korporat bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Alhamdulilah, selepas dua tahun keadaan pandemik Covid-19 beransur pulih dengan sokongan kerajaan, The H berhasrat untuk kembali aktif menganjurkan semula program korporat dan seni bagi memulihkan kembali industri seni tanah air yang terjejas teruk,” ujar Arman.

Misha dan The H Entertainment berharap program amal ini dapat dijayakan dengan sempurna dan disambut baik oleh semua pihak terutamanya dari golongan korporat.

Selain itu, The H turut mengutip dana bagi membuat sumbangan kepada beberapa Yayasan Kebajikan yang memerlukan bantuan kewangan.

Malah, jumlah dana yang terkumpul turut diberikan kepada pihak Persatuan penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan untuk anak seni yang memerlukan dan mangsa yang terjejas akibat banjir.

Jualan tiket boleh dibeli secara individu atau jualan meja yang menyediakan lapan kerusi.

Harga bermula RM5,000 (silver), RM10,000 (ruby), RM15,000 (diamond), RM20,000 (gold) dan RM25,000 (platinum).

Bagi mereka yang berminat untuk menonton konsert amal ini, boleh menghubungi Burhan di talian 011-51172144 dan 019-2500388 untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram