Sarat hamil, Intan Ladyana & suami positif Covid-19

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Intan Ladyana, 36, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19.

Malah, suami Intan iaitu pelakon Harris Alif,22, turut disahkan dijangkiti wabak tersebut dan dibawa ke hospital yang sama.

Perkongsian Intan menerusi Instagram Storynya sekitar pukul 11 malam tadi, dia dilihat berada dalam ambulan menuju ke hospital sekaligus mengejutkan ramai pihak apatah lagi dia kini dikatakan sedang sarat hamil anak pertama.

Malah, Instagram program hiburan Melodi yang turut memuat naik berita tersebut pada tengah malam tadi, telah mengundang perhatian peminat.

Peminat melahirkan kerisauan terhadap kondisi Intan dan Harris selain mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan.

Menerusi pemerhatian URTV, sehingga kini tiada sebarang entri terbaharu di โ€˜newsfeedโ€™ Instagram pasangan ini.

Untuk rekod, Intan dan Harris selamat diijabkabul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu.

Terdahulu, meskipun Intan masih belum mengesahkan dirinya sedang berbadan dua, namun sejak beberapa bulan lalu tular foto dan video memaparkan perubahan bentuk fizikal Intan yang dilihat seperti wanita hamil.

URTV mendoakan agar Intan dan Harris diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This