Petua penyakit, guna barang dapur je

Dari Penulis

Lemon tambah selera makan

Buah lemon mengandungi Vitamin C dan air rebusannya jika diminum boleh dijadikan sebagai rawatan masalah pernafasan dan sakit belakang.

Selain daripada itu, ia juga dapat membunuh cacing dalam perut dan usus serta dipercayai dapat mengubati demam panas.

Kepingan limau segar atau kering yang dicampur bersama air didih atau rebus boleh mengubati masalah gastrik yang kronik, batuk, tiada selera makan, muntah-muntah, bronkitis dan angin dalam perut.

Epal atasi sembelit

Buah epal dapat melindungi jantung, mengelak sembelit, mengatasi cirit-birit, melindungi sendi tulang dan memperbaiki kapasiti peparu.

Amalan makan buah ini boleh mencuci toksin dalam badan. Malah menghidu epal dikatakan dapat menenangkan fikiran. Ia elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Ciku ubati cirit birit

Isinya manis dan lazat. Ciku kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi. Buahnya yang muda boleh digunakan untuk mengubati cirit-birit iaitu dengan mencampurkannya bersama jambu muda dan kemudiannya direbus.

Getahnya pula boleh digunakan untuk mengurangkan sakit gigi, merawat kulit melecur dan bengkak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This