7 makanan mengandungi kalsium

Dari Penulis

KALSIUM adalah antara nutrien penting yang tubuh badan kita perlukan. Susu sering diambil sebagai sumber kalsium untuk dibekalkan kepada tubuh. Tahukah anda, selain susu terdapat banyak makanan lain yang mengandungi kalsium.

Keju

keju

Keju adalah produk tenusu yang mempunyai hampir semua kandungan nutrisi yang sama seperti susu. Ia merupakan makanan yang juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.

Yogurt

yogurt

Satu lagi produk tenusu yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi adalah yogurt. Yogurt dihasilkan daripada susu yang telah melalui proses fermentasi bakteria.

Tauhu

tauhu

Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapiskan dan diambil patinya. Ia juga merupakan makanan yang boleh dijadikan sebagai salah satu sumber kalsium.

Brokoli

brokoli

Memakan sayur-sayuran seperti brokoli adalah salah satu cara untuk membekalkan kalsium kepada tubuh. Brokoli adalah antara sayuran yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi berbanding sayuran lain.

Bayam

bayam

Sayur hijau ini juga antara sayuran yang mempunyai kandungan kalsium yang lebih baik daripada sayuran lain. Mengambil bayam dalam juadah harian juga membantu membekalkan kalsium kepada badan.

Sardin

sardin

Ikan sardin dalam tin adalah salah satu sumber kalsium yang baik untuk tulang selain produk tenusu. Ia mempunyai kandungan kalsium tinggi yang diperlukan oleh tulang manusia.

Salmon

salmon

Selain mengandungi kandungan omega 3 yang baik untuk kesihatan. Ikan salmon juga mengandungi kandungan kalsium yang tinggi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Previous article
Next article

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This