“Dia yang kepak-kepak saya dulu,” – Siti Nurhaliza teruja terserempak guru gimnas sewaktu misi bantuan banjir

Dari Penulis

BARU-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menghantar bantuan banjir di kampung halamannya yang terletak di negeri Pahang.

Kehadiran pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu telah menarik perhatian ramai apabila dia bertemu kembali dengan guru gimnastik sewaktu persekolahannya dahulu.

Menariknya, sewaktu Siti meletakkan bantuan di kawasan perumahan tersebut, guru yang berbangsa Cina itu tidak mengecamnya oleh kerana Siti memakai pelitup muka.

“Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM untuk menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang mak cik berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya.

“Saya juga berborak-borak dengan penduduk di taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina yang saya memang kenal sewaktu zaman sekolah…beliau juga tidak perasan saya.

“Sepanjang berada di sana, saya memang memakai pelitup muka dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami.

“Guru gimnas saya rupanya dan saya juga tidak perasan (maklumlah dah lama sangat). Begitulah cerita, sesekali pulang ke daerah kenangan, banyak kenangan mengusik jiwa,” kongsi penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu.

Menerusi hantaran video di Instagram miliknya, Siti dengan ramahnya menegur guru tersebut terlebih dahulu.

“I kenal you lah, you tak kenal I,” tegur Siti.

Menurut Siti, guru gimnastik tersebut hanya menyedari kehadirannya selepas dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa insan yang menegurnya adalah bekas anak muridnya.

“Agaknya, pak cik tadi cakap yang ini Siti Nurhaliza. Lepas itu barulah dia tahu. Saya pun pakai ‘mask’ setiap masa kan.

“Tugas dia adalah sebagai guru yang mengajar gimnas. Dia yang ‘kepak-kepak’ saya dulu,” seloroh Siti.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This